CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 5, 2011

Awak! JANGAN BUAT SAYA JATUH HATI :(

Pesanan buat Adam ♥

Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin

 nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.

“Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.”

_________________________________________________

WAHAI LELAKI

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
Bawalah dia ke jalan Allah,
Nasihatilah dia,
Perbetulkan kesilapannya,
Jagalah dia dengan baik,
Kasihanilah dia,
Lindungilah dia,
Berilah kasih sayang padanya,
Hargailah dia,
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
Bersabar dengannya,
Terimalah & cintailah kekurangannya,
Jadilah IMAM terbaik & redhalah padanya..

Semoga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..
_________________________________________________


Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta Tuhan. Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya. Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara.





 ‎~✿..Aku ingin mencari CINTA SEJATI yang boleh membawaku ke jalan ILAHI, aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang IMAM..aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang KHALIFAH..aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang DAIE, aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID..✿~

___________________________________________________________________________________

>>> Aku ingin memberikan CINTAKU kepada seorang INSAN yang MENCINTAI ALLAH lebih dari segala-galanya, dakwah pilihannya, jihad tunggak utamanya..perjuangan titik lelahnya..dan dengan itu aku ingin mencari CINTA dia melalui PERNIKAHAN...(✿◠‿◠)

______________________________________________________________


 Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut hati ini tersasar dari landasan cintaNya. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh harapan pada sesuatu yang tak pasti. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri aku tidak setanding kamu. Aku tahu tahap imanku, namun aku tidak tahu tahap iman kamu. Yang pasti.. tahap iman kamu jauh lebih tinggi daripada tahap imanku yang cuma secebis. Hati kita Allah yang punya, hati kita biar Allah yang jaga. Kamu, cukuplah aku menyayangi kamu sebagai sahabat ~ :)

-Luahan qalbu daripada seorang ‘aku’ buat ‘kamu’.