CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 14, 2012

Pesanan PENTING buat LELAKI!



Pesanan buat Lelaki~

Ada satu pesanan penting yang saya nak bagitau pada lelaki. Yang saya kira sangat-sangat penting.

Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Hatta, jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya.

Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainya.

Kecuali dengan satu syarat,

Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti.

Tapi, jika tidak, JANGAN PUJI.

Kenapa?

Kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian.

Saya mohon, jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian.

Pujian itu menghancurkan.

Membunuh kekentalan hati seorang wanita.

Jika tak tahan sangat nak puji, pujilah depan orang lain atau didlm hati. Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya.

Tolong ya.

Wanita itu halus hatinya. Percikan pujian mampu membunga rasa, jiwa makin terjentik bila Syaitan membisik bersama.

Kasihanilah wanita. :')

Friday, August 24, 2012

Betulkan niat...Lillah!



Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ 
tapi sayang,
niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk 
mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..



Ruginya kita...kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia kita berkorban 
tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..


Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha

untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya 
yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!



Muhasabah bersama..
: betulkan niat hanya kerana ALLAH :

: Berubahlah kerana Allah :

Wednesday, May 30, 2012

AURAT KAKI YANG SERING DIABAIKAN




> Wahai wanita, apakah yang akan TERDETIK di hatimu apabila ada seorang LELAKI yang MENEGURMU :


"KAKI JUGA AURAT, tidakkah kamu MENGETAHUINYA wahai wanita.."

Apakah yang terlintas di hati dan fikiranmu? MALU? Kerana lelaki juga mengetahui batas AURAT seorang wanita tetapi kamu TIDAK SEDAR atau BUAT-BUAT TIDAK TAHU akan aurat kakimu?

p/s : Kaki juga aurat, aurat yang SERING DIABAIKAN oleh kaum wanita..maka, BERSTOKINLAH..tidak sempurnalah istilah "tutup aurat" itu jika hanya tutup separuh-separuhkan? Lagipun bila kita SOLAT, kita mesti tutup kaki..jika ternampak, hukum solat jadi TIDAK SAH..bergaya dan berfesyen tiada salahnya asal menepati syarak dan baik niatnya..adakah kita RELA DIBAKAR Api Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?


♥ Ku RELA stokin kakiku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA ♥


Wallahua'lam~

Friday, March 9, 2012

C.I.N.T.A (^__^)v


♥~Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.~




~✿ Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita DIAM bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.


~✿  Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.




Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Ingat, bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.





Untuk Hawa..

 Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga. 





Untuk Adam..

 Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam. 






Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."





Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...


Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah...





-via copy paste ;)

Sunday, January 8, 2012

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W



Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan...dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah :




Pertama :

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Allah menjamin Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh umat Islam yang menerjakan solat tahajjud mendapat tempat yang istimewa dan terpuji melalui surah al-Israk, ayat 79 :-
"Pada sebahagian malam hari, solat tahajjudlah sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu."



Kedua :

Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan penghayatan. Paling tidak juga sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat Kursi sambil mata menatap ayat-ayat suci tersebut.

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan 
pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)





Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama buat kaum lelaki bagi mengerjakan solat berjemaah. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.” (Riwayat Ahmad)




Keempat :

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
 (Riwayat Al-Tabrani)



Kelima :


Jaga sedekah setiap hari, Allah menyukai orang yang bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

"Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu )" (Al-Hadith)




Keenam :

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang selalu dalam keadaan berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampunilah dosa dan sayangi dia ya Allah."

wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.
”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (Riwayat Bukhori & Muslim)”




Ketujuh :


Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi berpunca dari dosa 
yang kita lakukan akan dijauhkan oleh Allah.

Rasulullah SAW bersabda :-
"Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."


_______________________________________________



Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyelesaikan tugas da'wah saya pada minggu ini. Ilmu yang dikongsi semoga mendapat manfaat bersama. Yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Kita sebagai ummat Islam seharusnya saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Di kesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk berkongsi sunnah Nabi Muhammad SAW yang dilakukan baginda pada setiap hari. Ayuhlah sama-sama kita mengikut serta mengamalkan sunnah Baginda mengikut kemampuan diri masing-masing. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari untuk memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.Jika kita lupa hari ini, bermulalah dari sekarang. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah.Dalam dunia ini tiada yang terlambat. Nabi tak pernah mengajar kita "terlambat"..masih sempat untuk diperbaiki walau esok nak kiamat..Ingatlah, Allah sentiasa membuka pintu taubatNya kepada kita..Hidayah itu milik Allah..Janganlah kita leka mengejar dunia kerana ia tak menjamin syurga. 
Sekian daripada saya, hamba Allah yang masih leka dan alpa dalam mentaati perintahNya....


______________________________________________

"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." HR. Muslim
__________________________________________________

We will always be strangers to this world. Just think it like
this, we SHOULD be strangers and never get to comfortable. 
This world is like visiting someone you dont know that well. 
And when we leave [pass away], inshallah, we would go to 
our true home [Heaven]. This world is NOTHING. remember 
that!!Time passes fast this world will pass us right before our 
eyes. Just remember to stick to the right path.
ALLAHU AKBAR

_______________________________



JAGA DIRI! JAGA IMAN! JAGA HATI! =)


~Sebarkanlah ilmu ini, semoga ianya memberi manfaat kepada semua....
 Fi amanillah!~