CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 27, 2011

Tahukah kamu wahai Adam??!




TAKUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ??



 Seorang muslimah yang tak melayan lelaki


apabila ditegur, janganlah kau kata dia 


sombong.


Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,

 janganlah kau kata dia tak laku.



Seorang muslimah yang tegas dalam 

memelihara prinsip 

aurat , janganlah kau kata dia kolot.



Seorang muslimah yang tak pandang kau 

tika bersemuka , 

janganlah kau ingat kau hensem sangat 

sampai dia takut nak 

pandang.









TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,




Apa yang ada di sebalik sekeping hati

seorang muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang 

memelihara hati engkau 

supaya tegar meletakkan Allah di atas 

singgahsana dalam 

hatimu .



Dia mahukan engkau , menjadi mujahid 

yang sibuk 

menegakkan kalimah haq berbanding 

melayani hawa nafsumu. 



Betapa dia sangat takut andai dirinya 

menjadi punca 

kelalaian hatimu dalam menunaikan haq 

Allah .



Betapa dia sangat takut andai dirinya 

mengkhianati haq 

Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah 

dalam hatimu ..







~✿ The best love story for a Muslimah is finding another Muslim 
who makes their imaan (Faith) rise, 
who makes them want to gain more knowledge 
& become more pious! 
What is more blessed than that? Subhan’Allah. ~✿


______________________________________________________


 ‎~✿ Most couples express their love by saying 
“I’ll be with you until death do us part”, 
but it’s more beautiful for Muslim couples. 
For us, it’s “not even death will part us
 because we’ll be reunited in Jannah, Insya'Allah. ~✿


_____________________________________________________________


 ‎~✿I want a man who loves me for the sake of Allah, 
not for my heart or his desires for me because that way he will never hurt me, 
as that would be a betrayal to himself 
and his whole existence. ~✿

______________________________________________________


(^____^)v 

♥ peace with iman ♥ ~

Sunday, December 25, 2011

Alhamdulillah. Thanks for everything Ya Allah for 9A's :')


 ALHAMDULILLAH atas kurniaanMu Ya Allah... ♥ ♥ ♥

Semoga dengan kejayaan yg aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingatiMu dan

 meningkatkan keimananku terhadapMu Ya Rabbi.. 
Alhamdulillah.aku tak pernah bermimpi untuk dapat 9a. benarlah janji Allah, sesiapa yang berusaha dan bertawakal kpdNya kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')



Bismillahirrahmanirrahim...


Di sini ingin ku coretkan hari paling bersejarah dalam hidup aku setakat nih... 22 Disember 2011...datang awal jam 7.30 pagi, orang paling terawal datang sekolah.sedih sangat sebab mama & papa tak dapat datang tengok aku naik pentas. tapi tak apa, Allah kan ada..heheh.. mama tak dapat hadir sebab kene tanda kertas SPM dekat sekolah mane entah...papa pulak dekat Kelantan kerja... jadinya, awal2 pagi datang duduk dekat surau sorang2. hampir 2 bulan tak datang surau,memang seram giler.dengan lantai berhabuknye,baju semayang bertaburan,sejadah tak lipat...memang menguji keimanan sungguh! duduk dekat situ bace buku doa amalan pelajar pastu baca yassin. masa tu memang berdebar debar debar debar sangat. Allah je yang tahu segala yang terkandung dalam hati nih.rasanya boleh record agy bunyi dup dap dup dap. rasa nak menangis tapi xda maknanye...bertawakal jer kat Allah... 







Pastu dalam jam 9.30 gituh.. keluarlah aku dari surau tuh...jumpa kawan2 yang lain. semua nampak muka cuwak belaker. hanya mampu berserah~ huhuh tunggu punya tunggu dah jam 10.40 macam tuh,dipanggil masuk dewan. masa tuh semua perasaan ada! ketor perut derr~ hahah habis segala ucapan. pendebaran kian terasa! first name yang disebut of course lah Hisyam! ketua kelas 3aa, 9a's since beggining! bergegar dewan orang sorak untuk best student ever tuh! Untunglah..heheh after that nama Syarafana... yeah dia banyak ajar aku teknik hafalan yg bagus! thanks a lot dear ana!then nama Wani..drama queen ever..hahah..



 Masa yang dinantikan sudah bermula...dan diumumkan, 'Nur Azwin Fitriah Binti Nording' dengan keputusan 9A...that moments... i feel like.. tak berpijak pada dunia yang nyata...Allah je yang aku ada masa tuh... tak putus2 ucap syukur kepadaNya.. Allah dengar semua doa aku...Allah makbul semua doa aku.. naik atas pentas, salam dengan cikgu perempuan dan pegang result! masa tuh kalau boleh nak peluk mama erat2 dan nangis sepuas2nya..tapi mama tak der time 2...huhuh apa2 pon... Aku hanya mampu memanjatkan syukur terhadapNya.... InsyaAllah dengan kejayaan yang aku perolehi ini aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi buat masa hadapan...SPM is waiting for me... Bring it on!! yeahhh Alhamdulillah for everything Ya Rabbi :')


Friday, December 16, 2011

Pabila Ustaz Azhar Idrus menjawab soalanku.wakakakkaa~~

*KLIK GAMBA NK WAK BESAR


 Bismillahirrahmanirrahim :)

 “Apabila engkau melewati taman-taman syurga, berlabuhlah di sana.”
Ada sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu.?”
Baginda menjawab,  “Majlis-majlis ilmu.” (HR Thabrani)


Menarik tak tajuk kat atas tu? Di sini saya nak berkongsi ilmu,kongsi pengetahuan, dan kongsi kegembiraan saya. Saya memang minat dengan cara pengajaran UAI nih,sokmo jugaklah bertepek dekat page ustaz di pesbuk. Kat situ, boleh belajar agama free of charge(tapi bil internet kene bayorlah). Belajar mendalami agama Islam,tanye soalan dekat situ pon ramai sahabat2 yang tolong jawab dan tidak ketinggalan jugak UAI(original) yang jawab sendiri. Kalau ada sebarang kemusykilan terhadap apa yang kita lakukan, ade masalah bab2 agama, tanya jer dekat situ, InsyaAllah segala persoalan yang bermain di minda akan terjawab. Satu lagi, kalau nak tambah ilmu agama, belilah buku Anda Bertanya UAI..murah jer,rm15(promote nih)...heheh...gambar2 di bawah ni saya saje nk kongsi2...ustaz jawab 4 je soalan saya...syukur alhamdulillah..gembira tak terkater...saya sedang tunggu buku UAI versi ke-2 pulok! heheh itu sahaja drpd saya. syukran! =)



Buku saya punya~ hihihihi rindu buku nim...dua bulan dop jumper..semoga dia jaga molek buku ambe nim ^__^



1#
Soalan pertama yang dijawab oleh ustaz.heheh saya tanya soalan ni sebab tertanya2 sangat, pasal tahun lepas ade lawan futsal depan bukan mahram ramai sangat,cikgu2 lelaki pon ramai.tak sangke pulak haram hukumnya.InsyaAllah,lepas ni x nak main dah huhuh. *perempuan dop molek main bola =='




2#

Soalan kedua ustaz jawab. Tak semua bende kita buat,Allah suke kan? so, saya takut mende yang saya buat akan membawa kemurkaanNya. soalan ni memang berdasarkan diri saya.kawan saya,bukan mahram ,dia ada pinjam buku saya dan tak pulangkan lagi,pasal tu saya tanya awal2, apa hukumnya kalau berjumpa dengan dia atas urusan tersebut.Alhamdulillah,terjawab jugak akhirnya.*mujur x jadi jumpe wakakakkakaa :p







3#
Ambe tanye soalan ni bukan sebab galok gatal gelenyai nk nikoh. saje nk tambah ilmu, sebab mase tu bace artikel ade orang komen nikah dengan kahwin tu lain.hik3 husnudzon!







4#
 Soalan ni datangnya daripada kemusykilan sahabat saya sendiri,Mina Najmina namanya.die tertanye2 ape hukum kalau die sokong korea2 ni.jadi saya tolong dia dan alhamdulillah ustaz jawab....kita bukan sokong agamanya,tapi sokong maksiat yang dilakukan..semoga kita terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah ni ye, InsyaAllah :) *ambe layan gop korea T_T


_________________________________________
saya rasa nak share samting interesting. gambar yang berkata2.
'a picture speaks louder than words?' wakakakka dok auw ar tuh betul ke dop grammar,pakat tulis jer..biar ar nak share gok gamba2 yang disisipkan dgn kata2 nasihat nih.semoga apa yang disampaikan dapat manfaat bersama. jom layan kata2 hikmah UAI~ 












#kalau ada kemusykilan apa2 tentang soal agama, meh sini datang page nih, page ustaz azhar idrus yg original punyer dan page koleksi soalan2 yg diajukan oleh sahabat2 di page ustaz yg dh di printscreenkan..like ramai2 ye..marilah sama2 kita kejar ilmu akhirat...rase tenang hati ni bila mendekati para ulama'...InsyaAllah kita selamat dunia akhirat...Semoga Allah merahmati sahabat2 sekalian.. Terima kasih sudi melayan entry nih. dulu post dh sebenornye entry ni..saje edit semula..ambe mintak kebenaran dh dgn isteri ustaz..hik3 ;)




JOM KE :



Monday, December 5, 2011

Awak! JANGAN BUAT SAYA JATUH HATI :(

Pesanan buat Adam ♥

Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin

 nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.

“Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.”

_________________________________________________

WAHAI LELAKI

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
Bawalah dia ke jalan Allah,
Nasihatilah dia,
Perbetulkan kesilapannya,
Jagalah dia dengan baik,
Kasihanilah dia,
Lindungilah dia,
Berilah kasih sayang padanya,
Hargailah dia,
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
Bersabar dengannya,
Terimalah & cintailah kekurangannya,
Jadilah IMAM terbaik & redhalah padanya..

Semoga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..
_________________________________________________


Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta Tuhan. Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya. Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara.





 ‎~✿..Aku ingin mencari CINTA SEJATI yang boleh membawaku ke jalan ILAHI, aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang IMAM..aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang KHALIFAH..aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang DAIE, aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID..✿~

___________________________________________________________________________________

>>> Aku ingin memberikan CINTAKU kepada seorang INSAN yang MENCINTAI ALLAH lebih dari segala-galanya, dakwah pilihannya, jihad tunggak utamanya..perjuangan titik lelahnya..dan dengan itu aku ingin mencari CINTA dia melalui PERNIKAHAN...(✿◠‿◠)

______________________________________________________________


 Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut hati ini tersasar dari landasan cintaNya. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh harapan pada sesuatu yang tak pasti. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri aku tidak setanding kamu. Aku tahu tahap imanku, namun aku tidak tahu tahap iman kamu. Yang pasti.. tahap iman kamu jauh lebih tinggi daripada tahap imanku yang cuma secebis. Hati kita Allah yang punya, hati kita biar Allah yang jaga. Kamu, cukuplah aku menyayangi kamu sebagai sahabat ~ :)

-Luahan qalbu daripada seorang ‘aku’ buat ‘kamu’.

Doodle Dakwah ♥

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum sodiqoti fillah :)


Doodle dakwah! hari ni saya nak share something yang berkenaan dengan da'wah. saya pun amik daripada page kat facebook jugak. semua gambar yang dishare sangat bermakna dan penuh hikmah, boleh amik sebagai pengajaran dan juga dishare! InsyAllah, dakwah akan berkembang dan diri dipenuhi dengan keimanan dan ketaqwaan terhadap-Nya! manisnya hidup dengan iman :) jom kita tgok gamba2 yang saya nak share nih. Biiznillah, kita sama2 dapat manfaat!


#1
Inilah dinamakan sketsa cinta. cube kalian fikirkan, mana yang kita dahulukan di antara kita angkat panggilan drpd boyfrend/girlfriend/friend  atau  kita menyahut panggilan Ilahi? sahutlah seruan Dia dahulu kerana kita tidak tahu bila Malaikat maut akan menjemput T_T


#2
Janganlah menjadi orang yang sombong terhadap tuhan. berdoalah kepadaNya.berdoalah setelah selesai solat, berdoalah  bila2 masa sahaja. Allah itu Maha Mendengar !


#3
PAKAIAN KITA, AGAMA KITA! janganlah kita memakai pakaian akhir zaman, seperti gambar yang disebelah kiri. apa beza kita dengan orang kafir? x de bezanya. sama jer. tutuplah auratmu dengan sempurna! sebelum kain kafan yang membaluti tubuhmu kelak.


#4
Hati akan menjadi tenang dengan membaca Kalamullah, Alquran!


#5
Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik & sebaliknya. Allah dh janji dgn kite. perbaikkanlah diri kita sebaiknya, InsyaAllah, org yang baik akan mendatangi kita. :)




#6
LELAKI!



#7
WANITA!


#8
[ Mencintai ALLAH Taala adalah segala-galanya, akan hadir semua cinta yang lainnya ] <3


#9
Sahabat Muslimin dan muslimat sekalian..
RAHMAT ALLAH pada kita ,melebihi KEMURKAANNYA pada kita..


#10
Sama-sama lah kita mengambil iktibar drpd perjuangan mereka, InsyaAllah.. 


#11
Sayangi binatang kerana mereka adalah makhluk Allah juga. :-) 


#12
KERANA WANITA....... jagalah diri, jaga iman, jaga hati..


#13
Kalau battery handphone kita low, apa kita buat? mesti kita charge kan, sama jugak dengan iman kita nih, kadang2  iman kita kuat,gagah,kental, kadang2 jugak iman kita ni rapuh,rosak,smakin berkurang.jadi, 'recharge' iman kita dengan membaca Al-quran, berzikir, dan sentiasa mengingatiNya. 



#14
Da'wah always need each other! jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, Allah akan datangkan orang2 yang baik kepada kita untuk berubah. InsyaAllah... (bestnye ade kawan gitu) ^__^


#15
Jadilah Muslimah yang sentiasa menjaga diri, maruah dan agama. InsyaAllah !



#16
Ayuhlah kita perbaiki diri untuk menjadi Muslimah yang Mukminah! insyaallah,oneday! :)


#17
Human GET and FORGET But ALLAH GIVES and FORGIVES.
 Tiada CINTA seindah CINTA ALLAH...sama2lah kita mengejar cinta Ilahi.. 


#18

"Kita ngayat Allah dgn amalan soleh&doa smpai Allah kasih..Bila Allah kasih..Apa kita nak,Dia akan kabulkan,InsyaAllah"


#19
Mulia wanita kerana Iman yang kuat! T__T


#20
Wahai adam, carilah hawa yang beragama,kelak kau akan merasa untung! :)


#21
♥Muslimah, apabila teruna memandangmu...kau tunduklah mengelak panahan syaitan! Ghoddul Bassor (tundukkan pandangan)

 #22
Keep smiling! It's Sunnah! =)


#23
Kenal dok sape nim? bukan ayh saya. Beliau seorang Ustaz,
Ustaz Azhar Idrus! banyak saya belajar daripada Ustaz! terima kasih Ustaz! jahilnya diri ini sebelum mengerti apa itu erti agama Islam yang sebenar. Alhamdulillah =)
Syukran jiddan Ustaz! semoga Allah memanjangkan umur Ustaz untuk meneruskan usaha dakwah!  Allahuakbar!





#rase2 banyak ker sikit gambar yang saya share tuh? heheh, takpelah. niat saya hanya untuk berda'wah. semoga kita dapat manfaat daripada gambar2 yang dikongsikan tersebut. semoga kita dapat mengubah diri kita ke arah kebaikan! La Tahzan! Innallaha ma'ana! tingkatkan keimanan! tingkatkan ketaqwaan! Allah sentiasa merindui kita untuk dekat denganNya. jumpa lagi di lain hari. InsyaAllah. Assalamualaikum! :)