CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 9, 2013

Aku juga ingin terbang menebarkan sayapMu

Blog sudah lama bersarang. 
Hati ini juga.
Bersarang dengan karat jahiliyyah.
Bersarang dengan noda dunia.
Bersarang dengan cinta anta-enti.
Bersarang dengan muzik kepapaan.
Bersarang dengan khayalan sarakah.
Bersarang dengan kejaran kefemesan.
Bersarang dengan qalbun zina.
Bersarang dengan ideologi mundur.
Bersarang dengan riyak takbur ujub.
Bersarang dengan godaan syaitonirrojim.



Mungkin hati dan jiwa yang dinodai maksiat ini merindui sesuatu.
Ya, kukira apa yang kurindu itu masih bernyawa.
Kerna ku juga sebahagian dari ummah yg kian bobrok akhlak,
Terkial2 mencari nafas yang sedang bernyawa.
Rindu yang masih tersisa.



Rinduku pada kalam dakwah sahabat.

Rinduku pada nasihat yang menyentap.
Rinduku pada ukhuwwah lillahi rabbuna.
Rinduku pada qasidah para habibullah.
Rinduku pada zikir terapi qalbi.
Rinduku pada qiam meratapi malam.
Rinduku pada srikandi solehah.
Rinduku pada lagu berentap doa.

Atau rindu yang ku lafazkan, adanya pada Allah?

Kerna jauhnya aku dari Allah, rinduku tak terjawab.
Kerna jauhnya aku dari kalam Allah, rinduku tak terbalas.
Kerna jauhnya aku dari pandangan Allah, rinduku terhijab.

Hijrah diri!
Pasakkan niat baru!
Tajdid niat tu!
Suburkan jihad diri!
Kuatkan azam !
Eratkan mahabbah ma'a Allah!
Istiqamah lillah!

Mudah untuk menaip,
namun sukar untuk dilaksanakan.


"Sahabat, syorga bukan untuk org manja.Kuat lah woi.",sapa dia.

"Sahabat, syorga itu mahal.Hanya untuk org yg berjuang demi agamaNya,bukan hanya pandai menyeru sahaja,amalnya tidak.",dia kata lagi.

"Sahabat, nak pergi syorga,pimpin tangan aku sekali.Jangan selfish.Tak acilah kau sorang beriya-iya mahu ke sana,aku dipinggirkan.",bilang dia.


Aku tersenyum sepi.
Masih ada yang berjiwa nurani.
Namun bukan mudah, bernafas dalam jiwa hamba.
Arghhh lupakan!
Kena cuba jugak.
Cuba menghindarkan pesona maya.
Cuba menghindarkan buaian kelekaan.
Kerna murkaNya pasti menghukum leka.



Hakikatnya kini,  
Ummah sekarang sedang tenat.
Aku juga lemas dalam ketenatan ini.
Dengan kerajaan taghut ini.
Pemimpin berdekah-dekah hidup mewah.
Rakyat marhaen tersepai menggapai-gapai untuk hidup.
Nur Islam semakin sirna ditelan puak zalim.

Sudah.....
Tiba masanya,
untuk kita bangkit bersama.
dan kembali pada Yang Esa.

dan menyinari jasad Ummah ini,
dengan Nur Islamiyyah,

hingga jasad kita rebah ke dalam Bumi,
dan kembali pada Yang Esa.

Allah sebagai matlamat.
Allah sebagai cita-cita.

Cita-cita Penghuni Syurga.
Terbang ke Syurga,
dengan menapak di Bumi yang Hina.

Akhirat di hati.
Dunya di kaki.
Yakin Allah akan mengadili.

Moga Allah redha. Moga Allah rahmat. Moga Allah berkat.





Friday, August 16, 2013

Bersangka Baiklah Wahai Ukhti...




    •  
      CINTA
      Bila aku bercakap mengenainya, bukan menunjukkan aku jiwang...
      Tetapi ia merupakan Satu FITRAH yang ada pada setiap manusia...

      LUAHAN HATI
      Bila aku berbincang mengenainya, jangan anggap aku lemah
      kerana hati perempuan sememangnya lembut untuk difahami...

      PERJUANGAN
      Bila aku sebut tentangnya,
      baru engkau pandang tinggi padaku...
      Tapi, bukan itu yang aku mahu, kerana aku ikhlas
      untuk memperjuangkan Islam di muka bumi hanya kerana Allah,bukan kerana perhatian yg kau berikan terhadapku...



      JODOH DAN PERTEMUAN ♥ 
      Bila aku bangkitkan hal ini, jangan anggap aku terburu2,
      malah ianya hanya untuk persiapan yang aku inginkan untuk
      melahirkan generasi2 yang berjuang di jalan Allah...



       (✿◠‿◠)

Monday, June 24, 2013

Nak redha Allah tak?

Sebenarnya kita nak yang mana?

Mulut kata, "Mestilah nak redha Allah!"

Hati kata, "Tapi aku sayangkan jahiliyah."


Mulut kata, "Jom kita sembah Allah."

Hati kata, "Alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. Mengantuk kot."

Mulut kata, "Aku nak berubah."

Hati kata, "Alamak, mesti payah."

Kita nak yang mana?

Redha Allah dalam kebencian manusia. Atau redha manusia dalam kemurkaan Allah?

Nak syurga dunia dan neraka selamanya. Atau penjara dunia dan syurga selamanya?

Nak hidup bertuhan, mati beriman. Atau nak hidup dalam khayalan, mati dalam kekufuran?

Sama ada kau, aku, dia, mereka, awak, anda, kalian, kita, semuanya tak terlepas daripada ujian. Malah, ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran.