CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 6, 2015

Treat.

Kita hidup dalam society.
Realiti ke alam maya ke,
Dua dua life kena bagi benefits.
Bukan cuma tunjuk siapa kita,
Tapi moga kita tiada nanti,
Ada kebaikan dan pahala kita yang boleh bawa mati,
Hidup bukan cuma baik sorang sorang,
Bukan jaga perangai jaga diri dengan Allah sahaja,
Tapi dengan makhluq DIA juga.
Doa manusia,
Berguna.
Toksah jadi manusia yang sibuk sebar benci kan keburukan, bencikan dosa,
Tapi hakikatnya kita yang mulakan.
Moga usah jadi manusia backup buat dosa kerna kata diri tidak sempurna tapi bila ada nyawa terjerumus dosa kau kafirkan dia sampai mati.
Moga kita usah jadi manusia bila fakta diri indah indah saja, bio di alam maya konsep ketuhanan saja, tapi bila tinggalkan jejak atau komen pada manusia lain,
Kau tolak akhlaq jauh jauh dan kurang ajar tak tentu hala.
Ketenangan datang cara layanan dan cara bawak diri kita kepada Tuhan dan cara layanan kita kepada segala isi dunia dan kejadian Tuhan.
Ambil tahu.
Benda yang tak terkesan pada kita mungkin terkesan pada orang lain.
Treat people as how you want to be treated.
Personaliti dan adab tu dua perkara berbeza. Jaga akhlaq tak akan pernah hilangkan personaliti kita.
Sayangkan Allah harus seiring dengan action. Allah adil. Bila kita niat yang baik sekali, walau tak buat pun, Allah catat kebaikan pada kita. Bila kita buat lagi Allah catat berganda ganda kebaikan. Bila kita niat jahat tapi tak jadi buat, Allah catat kebaikan. Bila kita niat jahat dan buat jahat. Satuuu je kejahatan Allah catat.
Pemurahkan?

Catatan tu bukan buat popular awak, buat bawak sama sama bila meninggal nanti ;’)

kata nak jumpa kat syurga Allah kan.

Wednesday, February 4, 2015

Padamkan taipan



Taip
Padam



Taip
Padam


Tak tahu nak cerita apa lagi.
Tak tahu nak jadi clingy ke yang diam2.
Nak tanya khabar rasa menggedik pulak.
Nak buat-buat tersalah taip so lame lah.
Nak luah rasa yang dah lama bertahan ni,
tempat luah yang sepatutnya tu buat2 tak heran.


Cerita pasal hati sampai mati tak habis. 
Ada masa aku lupa pada perasaan yang mendengar. 
Ada masa lebih baik berahsia daripada bercerita. 



Ada masa aku rasa
Diam . Sunyi . Bisu 
itu lebih indah. 
Lebih tenang 
dari dunia yang bising di luar sana..


Tapi kalaulah,
dalam diam2 doa aku buat kau,
dalam diam2 jugak kau titipkan nama aku,
dalam bait doa kau.
Setiapnya.

Ah,kalaulah kan.....

Tuesday, February 3, 2015

Kerna bukan aku.







Semanis apa pun puisi yang ku tulis untukmu,
Sehebat mana pun lukisan madah ku ukir tentangmu,
Secantik mana pun lakaran kasih yang ku tekap perihalmu,

semuanya terasa biasa saja untuk kau baca.

-Sebab memang bukan aku orang yang kau cinta.

Hmmm.


Thursday, January 29, 2015

Luka



Bukan Allah taktahu,
Hati mu sedang perit tahan luka.

Bahkan DIA lebih Mengetahui.

Tapi ketahuilah,
Sedalam mana pun luka di hatimu,
Masih punya insan yang jauh lebih terluka.

Luka bukan untuk tatapan.
Luka itu bukan untuk hebahan.
Apatah lagi untuk di simpati.

"Tapi luka itu ujian, 
Untuk kita kembali pada Tuhan."


Kerna kita hamba.



Seperti mana kehidupan kita yang tak akan kekal selamanya,

Seperti mana sesetengah rasa cinta dan kasih sayang kita yang tak akan abadi selamanya,

Sepertimana ujian dan nikmat yang dipinjamkan sementara,

Maka apakah yang membuat kita merasa bahawa semua ujian,derita,kesulitan,dugaan dan kesakitan ini akan kekal selamanya?

Kerna kita hamba,
Kita pantas diuji.

Sabar dan ikhlas,
Itulah Islam teman.

Wednesday, January 28, 2015

PENANTIAN



Nampaknya sampai sekarang pun
kau masih tak mampu beri sebarang bukti.

Atau janji.
Atau tali.

Untuk hati yang menanti.

Atau aku patut lari?


Dan tersedar aku dari lamunan senja..
Lalu monologku berkata..

"Seperti yang sudah dijangka. 
Aku bukanlah bidadari itu..."