CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 9, 2012

C.I.N.T.A (^__^)v


♥~Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.~




~✿ Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita DIAM bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.


~✿  Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.




Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Ingat, bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.





Untuk Hawa..

 Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga. 





Untuk Adam..

 Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam. 






Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."





Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...


Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah...





-via copy paste ;)

Sunday, January 8, 2012

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W



Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan...dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah :




Pertama :

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Allah menjamin Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh umat Islam yang menerjakan solat tahajjud mendapat tempat yang istimewa dan terpuji melalui surah al-Israk, ayat 79 :-
"Pada sebahagian malam hari, solat tahajjudlah sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu."



Kedua :

Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan penghayatan. Paling tidak juga sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat Kursi sambil mata menatap ayat-ayat suci tersebut.

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan 
pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)





Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama buat kaum lelaki bagi mengerjakan solat berjemaah. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.” (Riwayat Ahmad)




Keempat :

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
 (Riwayat Al-Tabrani)



Kelima :


Jaga sedekah setiap hari, Allah menyukai orang yang bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

"Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu )" (Al-Hadith)




Keenam :

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang selalu dalam keadaan berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampunilah dosa dan sayangi dia ya Allah."

wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.
”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (Riwayat Bukhori & Muslim)”




Ketujuh :


Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi berpunca dari dosa 
yang kita lakukan akan dijauhkan oleh Allah.

Rasulullah SAW bersabda :-
"Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."


_______________________________________________



Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyelesaikan tugas da'wah saya pada minggu ini. Ilmu yang dikongsi semoga mendapat manfaat bersama. Yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Kita sebagai ummat Islam seharusnya saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Di kesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk berkongsi sunnah Nabi Muhammad SAW yang dilakukan baginda pada setiap hari. Ayuhlah sama-sama kita mengikut serta mengamalkan sunnah Baginda mengikut kemampuan diri masing-masing. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari untuk memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.Jika kita lupa hari ini, bermulalah dari sekarang. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah.Dalam dunia ini tiada yang terlambat. Nabi tak pernah mengajar kita "terlambat"..masih sempat untuk diperbaiki walau esok nak kiamat..Ingatlah, Allah sentiasa membuka pintu taubatNya kepada kita..Hidayah itu milik Allah..Janganlah kita leka mengejar dunia kerana ia tak menjamin syurga. 
Sekian daripada saya, hamba Allah yang masih leka dan alpa dalam mentaati perintahNya....


______________________________________________

"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." HR. Muslim
__________________________________________________

We will always be strangers to this world. Just think it like
this, we SHOULD be strangers and never get to comfortable. 
This world is like visiting someone you dont know that well. 
And when we leave [pass away], inshallah, we would go to 
our true home [Heaven]. This world is NOTHING. remember 
that!!Time passes fast this world will pass us right before our 
eyes. Just remember to stick to the right path.
ALLAHU AKBAR

_______________________________



JAGA DIRI! JAGA IMAN! JAGA HATI! =)


~Sebarkanlah ilmu ini, semoga ianya memberi manfaat kepada semua....
 Fi amanillah!~

Tuesday, December 27, 2011

Tahukah kamu wahai Adam??!




TAKUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ??



 Seorang muslimah yang tak melayan lelaki


apabila ditegur, janganlah kau kata dia 


sombong.


Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,

 janganlah kau kata dia tak laku.



Seorang muslimah yang tegas dalam 

memelihara prinsip 

aurat , janganlah kau kata dia kolot.



Seorang muslimah yang tak pandang kau 

tika bersemuka , 

janganlah kau ingat kau hensem sangat 

sampai dia takut nak 

pandang.









TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,




Apa yang ada di sebalik sekeping hati

seorang muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang 

memelihara hati engkau 

supaya tegar meletakkan Allah di atas 

singgahsana dalam 

hatimu .



Dia mahukan engkau , menjadi mujahid 

yang sibuk 

menegakkan kalimah haq berbanding 

melayani hawa nafsumu. 



Betapa dia sangat takut andai dirinya 

menjadi punca 

kelalaian hatimu dalam menunaikan haq 

Allah .



Betapa dia sangat takut andai dirinya 

mengkhianati haq 

Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah 

dalam hatimu ..







~✿ The best love story for a Muslimah is finding another Muslim 
who makes their imaan (Faith) rise, 
who makes them want to gain more knowledge 
& become more pious! 
What is more blessed than that? Subhan’Allah. ~✿


______________________________________________________


 ‎~✿ Most couples express their love by saying 
“I’ll be with you until death do us part”, 
but it’s more beautiful for Muslim couples. 
For us, it’s “not even death will part us
 because we’ll be reunited in Jannah, Insya'Allah. ~✿


_____________________________________________________________


 ‎~✿I want a man who loves me for the sake of Allah, 
not for my heart or his desires for me because that way he will never hurt me, 
as that would be a betrayal to himself 
and his whole existence. ~✿

______________________________________________________


(^____^)v 

♥ peace with iman ♥ ~

Sunday, December 25, 2011

Alhamdulillah. Thanks for everything Ya Allah for 9A's :')


 ALHAMDULILLAH atas kurniaanMu Ya Allah... ♥ ♥ ♥

Semoga dengan kejayaan yg aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingatiMu dan

 meningkatkan keimananku terhadapMu Ya Rabbi.. 
Alhamdulillah.aku tak pernah bermimpi untuk dapat 9a. benarlah janji Allah, sesiapa yang berusaha dan bertawakal kpdNya kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')



Bismillahirrahmanirrahim...


Di sini ingin ku coretkan hari paling bersejarah dalam hidup aku setakat nih... 22 Disember 2011...datang awal jam 7.30 pagi, orang paling terawal datang sekolah.sedih sangat sebab mama & papa tak dapat datang tengok aku naik pentas. tapi tak apa, Allah kan ada..heheh.. mama tak dapat hadir sebab kene tanda kertas SPM dekat sekolah mane entah...papa pulak dekat Kelantan kerja... jadinya, awal2 pagi datang duduk dekat surau sorang2. hampir 2 bulan tak datang surau,memang seram giler.dengan lantai berhabuknye,baju semayang bertaburan,sejadah tak lipat...memang menguji keimanan sungguh! duduk dekat situ bace buku doa amalan pelajar pastu baca yassin. masa tu memang berdebar debar debar debar sangat. Allah je yang tahu segala yang terkandung dalam hati nih.rasanya boleh record agy bunyi dup dap dup dap. rasa nak menangis tapi xda maknanye...bertawakal jer kat Allah... 







Pastu dalam jam 9.30 gituh.. keluarlah aku dari surau tuh...jumpa kawan2 yang lain. semua nampak muka cuwak belaker. hanya mampu berserah~ huhuh tunggu punya tunggu dah jam 10.40 macam tuh,dipanggil masuk dewan. masa tuh semua perasaan ada! ketor perut derr~ hahah habis segala ucapan. pendebaran kian terasa! first name yang disebut of course lah Hisyam! ketua kelas 3aa, 9a's since beggining! bergegar dewan orang sorak untuk best student ever tuh! Untunglah..heheh after that nama Syarafana... yeah dia banyak ajar aku teknik hafalan yg bagus! thanks a lot dear ana!then nama Wani..drama queen ever..hahah..



 Masa yang dinantikan sudah bermula...dan diumumkan, 'Nur Azwin Fitriah Binti Nording' dengan keputusan 9A...that moments... i feel like.. tak berpijak pada dunia yang nyata...Allah je yang aku ada masa tuh... tak putus2 ucap syukur kepadaNya.. Allah dengar semua doa aku...Allah makbul semua doa aku.. naik atas pentas, salam dengan cikgu perempuan dan pegang result! masa tuh kalau boleh nak peluk mama erat2 dan nangis sepuas2nya..tapi mama tak der time 2...huhuh apa2 pon... Aku hanya mampu memanjatkan syukur terhadapNya.... InsyaAllah dengan kejayaan yang aku perolehi ini aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi buat masa hadapan...SPM is waiting for me... Bring it on!! yeahhh Alhamdulillah for everything Ya Rabbi :')


Friday, December 16, 2011

Pabila Ustaz Azhar Idrus menjawab soalanku.wakakakkaa~~

*KLIK GAMBA NK WAK BESAR


 Bismillahirrahmanirrahim :)

 “Apabila engkau melewati taman-taman syurga, berlabuhlah di sana.”
Ada sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu.?”
Baginda menjawab,  “Majlis-majlis ilmu.” (HR Thabrani)


Menarik tak tajuk kat atas tu? Di sini saya nak berkongsi ilmu,kongsi pengetahuan, dan kongsi kegembiraan saya. Saya memang minat dengan cara pengajaran UAI nih,sokmo jugaklah bertepek dekat page ustaz di pesbuk. Kat situ, boleh belajar agama free of charge(tapi bil internet kene bayorlah). Belajar mendalami agama Islam,tanye soalan dekat situ pon ramai sahabat2 yang tolong jawab dan tidak ketinggalan jugak UAI(original) yang jawab sendiri. Kalau ada sebarang kemusykilan terhadap apa yang kita lakukan, ade masalah bab2 agama, tanya jer dekat situ, InsyaAllah segala persoalan yang bermain di minda akan terjawab. Satu lagi, kalau nak tambah ilmu agama, belilah buku Anda Bertanya UAI..murah jer,rm15(promote nih)...heheh...gambar2 di bawah ni saya saje nk kongsi2...ustaz jawab 4 je soalan saya...syukur alhamdulillah..gembira tak terkater...saya sedang tunggu buku UAI versi ke-2 pulok! heheh itu sahaja drpd saya. syukran! =)



Buku saya punya~ hihihihi rindu buku nim...dua bulan dop jumper..semoga dia jaga molek buku ambe nim ^__^



1#
Soalan pertama yang dijawab oleh ustaz.heheh saya tanya soalan ni sebab tertanya2 sangat, pasal tahun lepas ade lawan futsal depan bukan mahram ramai sangat,cikgu2 lelaki pon ramai.tak sangke pulak haram hukumnya.InsyaAllah,lepas ni x nak main dah huhuh. *perempuan dop molek main bola =='




2#

Soalan kedua ustaz jawab. Tak semua bende kita buat,Allah suke kan? so, saya takut mende yang saya buat akan membawa kemurkaanNya. soalan ni memang berdasarkan diri saya.kawan saya,bukan mahram ,dia ada pinjam buku saya dan tak pulangkan lagi,pasal tu saya tanya awal2, apa hukumnya kalau berjumpa dengan dia atas urusan tersebut.Alhamdulillah,terjawab jugak akhirnya.*mujur x jadi jumpe wakakakkakaa :p







3#
Ambe tanye soalan ni bukan sebab galok gatal gelenyai nk nikoh. saje nk tambah ilmu, sebab mase tu bace artikel ade orang komen nikah dengan kahwin tu lain.hik3 husnudzon!







4#
 Soalan ni datangnya daripada kemusykilan sahabat saya sendiri,Mina Najmina namanya.die tertanye2 ape hukum kalau die sokong korea2 ni.jadi saya tolong dia dan alhamdulillah ustaz jawab....kita bukan sokong agamanya,tapi sokong maksiat yang dilakukan..semoga kita terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah ni ye, InsyaAllah :) *ambe layan gop korea T_T


_________________________________________
saya rasa nak share samting interesting. gambar yang berkata2.
'a picture speaks louder than words?' wakakakka dok auw ar tuh betul ke dop grammar,pakat tulis jer..biar ar nak share gok gamba2 yang disisipkan dgn kata2 nasihat nih.semoga apa yang disampaikan dapat manfaat bersama. jom layan kata2 hikmah UAI~ 












#kalau ada kemusykilan apa2 tentang soal agama, meh sini datang page nih, page ustaz azhar idrus yg original punyer dan page koleksi soalan2 yg diajukan oleh sahabat2 di page ustaz yg dh di printscreenkan..like ramai2 ye..marilah sama2 kita kejar ilmu akhirat...rase tenang hati ni bila mendekati para ulama'...InsyaAllah kita selamat dunia akhirat...Semoga Allah merahmati sahabat2 sekalian.. Terima kasih sudi melayan entry nih. dulu post dh sebenornye entry ni..saje edit semula..ambe mintak kebenaran dh dgn isteri ustaz..hik3 ;)




JOM KE :